MEI 03, 2021 – Rhu Tapai, SETIU.
Ketua Pengarah Pertanian, YBhg Datuk Mohd Nasir Bin Warris telah berkesempatan membuat kunjungan dan pemantauan projek di TKPM Rhu Tapai, Setiu bagi melihat penanaman betik Amira yang masih dalam percubaan oleh syarikat Green World Genetic (GWG).
Potensi pengeluaran betik ini mampu menghasilkan sebanyak 80 kg buah sepokok sepanjang tempoh ekonomik iaitu selama dua tahun enam bulan. Tanaman betik adalah sesuai di usahakan di tanah jenis bris yang berpasir dan mempunyai saliran yang baik.