Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM)

PENGENALAN

Program Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM) dicadangkan sebagai satu strategi di bawah Dasar Pertanian Negara Ketiga (DPN3) untuk menggalakkan pelaksanaan projek pertanian secara berskala besar, komersil dan berteknologi tinggi oleh usahawan termasuk sektor swasta.

MATLAMAT DAN OBJEKTIF

● Mewujudkan zon pengeluaran tanaman makanan kekal;
● Membantu meningkatkan pengeluaran makanan negara yang mapan dan berkualiti;
● Membangunkan dan meningkatkan penglibatan usahawan-usahawan dalam bidang pengeluaran tanaman makanan secara komersil;
● Meningkatkan pendapatan bersih peserta kepada sekurang-kurangnya RM3,000 sebulan; dan
● Menggalakkan dan meningkatkan penglibatan sektor swasta dalam pengeluaran tanaman makanan.