Khidmat Pengembangan
» Sistem Pengembangan Tekno Pertanian
» Penarafan Sijil Kualiti
Khidmat Regulatori dan Penguatkuasaan
» Khidmat Regulatori dan Penguatkuasaan
Khidmat Bahagian Teknikal
» Khidmat Bahagian Teknikal

Penarafan Sijil Kualiti

Memberi khidmat pensijilan kualiti ke atas sistem pengeluaran tanaman yang diiktiraf di peringkat antarabangsa seperti :

Sijil Malaysian Good Agricultural Practice (myGAP)

Satu skim pensijilan yang dirangka oleh Jabatan Pertanian pada tahun 2002 untuk memberi pengiktirafan kepada ladang-ladang yang mengamalkan Amalan Pertanian Baik (APB) berkonsepkan mesra alam sekitar, menjaga kebajikan dan keselamatan pekerja bagi menghasilkan produk yang berkualiti, selamat dan sesuai dimakan.

Sijil Malaysian Organic (myGAP)

Skim pensijilan yang dibangunkan oleh Jabatan Pertanian bagi memberi pengiktirafan kepada ladang yang mengamalkan perladangan organik berpandukan Malaysian Standard MS 1529:2001 The Production, Processing, Labeling & Marketing of Plant Based Organically Produced Food.

 

myGAP merupakan penjenamaan semula bagi menggantikan Skim Amalan Ladang Baik Malaysia (SALM). Skim ini dibangun berpandukan Malaysian Standard MS 1784:2005 Crop Commodities – Good Agricultural Practice (GAP).