Pusat Apiari

Pusat Apiari terletak di Taman Pertanian Negeri, Sekayu, Daerah Hulu Terengganu. Pusat Apiari ini telah dirasmikan pada 26 April 2014 oleh Yang Berhormat Haji Nawi bin Mohamad yang menyandang jawatan Pengerusi Jawatankuasa Pertanian & Industri Asas Tani dan Perusahaan Perladangan & Komoditi Negeri Terengganu merangkap ADUN Jabi pada ketika itu.

Tujuan utama penubuhan Pusat Apiari ini adalah sebagai Pusat Rujukan Teknologi dan Maklumat Lebah dan Kelulut, selain dari tujuan – tujuan berikut :

● Pusat Latihan dan Kursus Penternakan Lebah dan Kelulut
● Ladang Contoh Penternakan Lebah dan Kelulut
● Sumber Bekalan Koloni Lebah dan Kelulut kepada penternak
● Salah satu produk Agro-pelancongan

Selain itu, Pusat Apiari ini turut menjadi Pusat Penyelidikan Lebah dan Kelulut oleh penyelidik Universiti Malaysia Terengganu (UMT). Di dalam Pusat Apiari, terdapat Galeri Lebah dan Kelulut, Laman Ternakan Lebah dan Kelulut serta Pusat Jualan produk madu dan cenderahati.