Pelan Integriti Organisasi

Pelan Integriti Organisasi (PIO) Jabatan Pertanian 2017 – 2021 dibangunkan selari dengan Visi, Misi dan Objektif Jabatan Pertanian. Ia dibangunkan bagi memastikan Jabatan Pertanian kekal signifikan sebagai salah satu agensi penting dalam pertumbuhan ekonomi negara.

Skop dan konsep yang dibawa oleh Pelan Integriti Jabatan adalah menyeluruh dan holistik dalam memberi panduan kepada pegawai dan kakitangan untuk membudayakan integriti.

Objektif Pelan Integriti Organisasi (PIO):-
● Memperkukuhkan asas nilai – nilai murni dan membudayakan integriti sebagai amalan warga Jabatan Pertanian.
● Meningkatkan kesedaran, komitmen dan kerjasama antara Jabatan, petani, pelanggan dan stakeholders serta masyarakat bagi memantapkan integriti.
● Mempertingkatkan tadbir urus baik, kompetensi teras dan keberkesanan sistem penyampaian perkhidmatan supaya selari vivi, misi dan objektif Jabatan Pertanian
● Mempertingkan daya tahan, motivasi, moral dam produktiviti warga Jabatan Pertanian bagi menangani pelbagai cabaran dari luar dan dalam Jabatan.