Penarafan Sijil Kualiti

Memberi khidmat pensijilan kualiti ke atas sistem pengeluaran tanaman yang diiktiraf di peringkat antarabangsa seperti :-

1) sijil Malaysian Good Agricultural Practice (myGAP)

   Satu skim pensijilan yang dirangka oleh Jabatan Pertanian pada tahun 2002 untuk memberi pengiktirafan kepada ladang-ladang yang mengamalkan Amalan Pertanian Baik (APB) berkonsepkan mesra alam sekitar, menjaga kebajikan dan keselamatan pekerja bagi menghasilkan produk yang berkualiti, selamat dan sesuai dimakan.

   myGAP merupakan penjenamaan semula bagi menggantikan Skim Amalan Ladang Baik Malaysia (SALM). Skim ini dibangun berpandukan Malaysian Standard MS 1784:2005 Crop Commodities – Good Agricultural Practice (GAP).

2) sijil Malaysia Organic (myOrganic)

   Skim pensijilan yang dibangunkan oleh Jabatan Pertanian bagi memberi pengiktirafan kepada ladang yang mengamalkan perladangan organik berpandukan Malaysian Standard MS 1529:2001 The Production, Processing, Labeling & Marketing of Plant Based Organically Produced Food.

   myOrganic adalah penjenamaan semula bagi Skim Organik Malaysia (SOM) dalam memberi pengiktirafan kepada ladang yang diusahakan secara organik berpandukan Malaysian Standard MS 1529:2015 Plant-based organically produced foods-requirements for production, processing, handling, labelling and marketing (First Revision).

Ubah Saiz Tulisan