Khidmat Regulatori dan Penguatkuasaan

Jabatan Pertanian menguatkuasakan Akta – akta berikut : 

a) Akta Racun Perosak 1974
  • Pengeluaran permit import bagi racun perosak untuk tujuan pendidikan , dan penyelidikan
  • Pengeluaran lessen premis untuk menjual racun perosak , dan penyimpan racun perosak untuk jualan.
  • Pendaftaran racun perosak yang diimport dan di kilang untuk jualan
  • Kelulusan penyemburan racun perosak melalui udara.
  • Kelulusan Pengiklanan racun perosak
b) Akta Kurantin Tumbuhan 1976
  • Pengeluaran permit import bagi tumbuhan – tumbuhan, produk tumbuhan dan organisma / mikroorganisma
  • Pengeluaran sijil fitosanitasi bagi tumbuh – tumbuhan dan komoditi pertanian untuk eksport
  • Kuarantin selepas memasuki Malaysia
c) Akta Perlindungan Varieti Baru 2004 (Akta 634)
  • Memberi perlindungan hak pembiak baka bagi vareti baru tumbuhan yang dicipta
  • Memberi pengiktirafan dan perlindungan ke atas sumbangan petani , masyarakat setempat, dan pribumi terhadap pengwujudan varieti baru
  • Menggalakan pelaburan pengembangan pembiakan varieti baru
d) Pengeluaran Lesen Eksport dan Permit CITES
    • Perintah Kastam(Larangan Mengenai Eksport ) 1988
    • Pengeluaran lesen eksport bagi tumbuh – tumbuhan
    • Konvensyen Perdagangan Antarabangsa bagi spesis – spesis Haiwan dan Tumbuhan Liar Yang Terancam Pupus (CITES)              
    • Pengeluran permit CITES bagi tumbuh – tumbuhan liar yang terancam pupus untuk eksport.
Ubah Saiz Tulisan