Soalan Lazim

1. Bagaimanakah cara untuk menghubungi Jabatan Pertanian Negeri Terengganu sekiranya sekiranya saya ingin mengemukakan sebarang maklum balas, cadangan dan aduan?

Sebarang maklum balas, cadangan dan aduan kepada Jabatan Pertanian Negeri Terengganu boleh dikemukakan di sini.

2. Adakah Jabatan mengendalikan sendiri pengambilan pekerja lantikan tetap atau kontrak?

Tidak. Pengambilan pekerja adalah dilakukan oleh pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Negeri dan Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia.

3. Saya merupakan pelajar di university swasta / awam dan ingin menjalankan latihan praktikal di Jabatan Pertanian Negeri Terengganu. Bolehkah saya memohon dan bagaimanakah caranya?

Boleh. Anda hanya perlu menghantar surat permohonan rasmi melalui universiti ke pihak Jabatan Pertanian Negeri. Pihak jabatan akan memberi maklum balas berhubung keputusan permohonan anda secara bertulis.

4. Apakah persijilan kualiti pengeluaran tanaman yang ditawarkan oleh Jabatan Pertanian Negeri Terengganu?

Jabatan Pertanian Negeri Terengganu menawarkan khidmat nasihat ke arah pensijilan myGAP dan myOrganic yang diiktiraf di peringkat antarabangsa.

5. Saya berminat untuk memohon pensijilan myGAP dan myOrganic. Bagaimanakah cara untuk saya memohon? Berapakah bayaran yang dikenakan untuk proses pensijilan tersebut?

Anda boleh berhubung dengan mana-mana Pejabat Pertanian Daerah yang terdekat dengan lokasi projek anda untuk permohonan baru. Tiada bayaran yang dikenakan untuk pensijilan, ia adalah PERCUMA.

6. Saya merupakan pelajar university awam / swasta dan sedang menjalankan kaji selidik sector pertanian. Bagaimanakah saya boleh mandapatkan data statistic pengeluaran tanaman di Negeri Terengganu?

Anda perlu mengemukakan surat rasmi bagi permohonan mendapatkan data tersebut kepada pihak Jabatan melalui universiti anda. Anda boleh juga hadir sendiri ke mana-mana Pejabat Pertanian Daerah atau Ibu Pejabat negeri bagi menyampaikan tujuan tersebut.

7. Saya ingin memohon lesen senjata api bagi kawalan haiwan liar yang merosakkan kebun / ladang saya. Dimanakah saya perlu membuat permohonan?

Anda perlu membuat permohonan senjata api melalui Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) yang berhampiran. Pihak Jabatan akan menyiasat ladang anda setelah menerima surat permohonan tuan dari IPD. Pihak jabatan hanya boleh menyokong atau tidak menyokong permohonan anda dalam laporan yang dihantar kepada IPD. Keputusan permohonan anda adalah di bawah bidang kuasa PDRM.

8. Bolehkah saya ingin memohon khidmat Jabatan untuk menentukan kesesuaian Tanah untuk pembangunan projek pertanian? Berapakan caj yang dikenakan?

Boleh. Anda boleh berhubung terus dengan Bahagian Pengurusan dan Pemuliharaan Sumber Tanah, (BPPST) Negeri Terengganu bagi tujuan tersebut. Caj yang dikenakan adalah tertakluk kepada pihak BPPST.