Khamis Ramadan 9 1439 | Khamis 24 Mei 2018

Malay Chinese (Traditional) English

Fungsi

  • Menilai, mengubahsuai serta merumus pakej teknologi daripada agensi/badan penyelidikan mengikut keadaan setempat dan menyampaikannya kepada pengusaha-pengusaha pertanian.
  • Memberi khidmat perundingan dan sokongan teknikal secara pakej kepada usahawan, swasta dan agensi pembangunan pertanian.
  • Membangunkan sumber maklumat pertanian negara untuk kegunaan perancangan dan pelaksanaan pembangunan sektor pertanian.
  • Menjalankan latihan di Pusat Latihan Pertanian bagi memenuhi keperluan tenaga mahir dalam sektor pertanian.
  • Mengawalselia mutu bahan/benih tanaman negara.
  • Melaksanakan penguatkuasaan Akta Racun Makhluk Perosak 1974 untuk memastikan racun yang diimport, dikeluarkan dan dijual dalam negara adalah yang berkualiti dan penggunaannya tidak akan mendatangkan mudarat kepada pengguna, ternakan, tanaman makanan dan alam sekitar.
  • Melaksanakan penguatkuasaan Akta Kuarantin Tumbuhan 1976 untuk mencegah kemasukan perosak-perosak asing yang berbahaya dalam negara dan memudahkan pengeksportan hasil-hasil tanaman negara untuk memenuhi peraturan-peraturan kuarantin negara pengimport.
  • Melaksanakan Penguatkuasaan Perintah Kastam (Larangan Mengenai Eksport) 1988 dan peraturan CITES (Konvensyen Perdagangan Antarabangsa Bagi Spesies-Spesies Haiwan dan Tumbuhan Liar Yang Terancam Pupus) untuk memastikan bahawa bahan-bahan tanaman dan janaplasma tidak terancam pupus.
  • Mengadakan hubungan dan kerjasama dengan organisasi-organisasi di sektor awam dan swasta dalam/luar negara yang terlibat dalam pembangunan, penguatkuasaan dan perdagangan pertanian.
Read 968 times Last modified on Ahad, 12 November 2017 03:59

Statistik Pelawat

Hari Ini : 30

Jumlah Pelawat : 166717

Tarikh Akhir Kemaskini : 24 May 2018.

Hubungi Kami

  ppnt22 (@) terengganu.gov.my
  09 - 6222444
  09 - 6235177
  Tingkat 5, Wisma Negeri, 20632 Kuala Terengganu, Terengganu.

Lokasi Kami