Pembangunan Tanaman Melon Manis Terengganu

MELON MANIS TERENGGANU atau MMT adalah merupakan varieti pertama bagi keluarga rock melon yang telah diumumkan oleh YB Menteri Besar Terengganu Dato’ Seri Ahmad Razif bin Abd. Rahman sebagai BUAH RASMI Negeri Terengganu pada 29 September 2015 sempena Sambutan 110 Jabatan Pertanian peringkat Negeri Terengganu di TKPM Tok Dor.

Negeri Terengganu akan menjadi perintis dan pengeluar utama dalam memasarkan hasil melon manis untuk pasaran tempatan dan antarabangsa berikutan permintaannya yang tinggi daripada penduduk di beberapa buah negara terutama di rantau asia, seperti Singapura dan Jepun. Ini kerana khasiat buah melon digemari oleh penduduk negara terbabit.

Program Tranformasi Pertanian Baharu Negeri Terengganu telah mengangkat “Fertigasi Melon Manis Terengganu” sebagai salah satu daripada 9 program utama kerajaan negeri bagi memartabatkan sektor pertanian negeri. Program Transformasi Pertanian Baharu diteraju oleh Pengerusi Jawatankuasa Pertanian & Industri Asas Tani dan Perusahaan Perladangan dan Komoditi Negeri, Yang Berhormat Tuan Hj. Nawi b. Mohamad.