Selasa Jamadil Akhir 4 1439 | Isnin 19 Februari 2018

Malay Chinese (Traditional) English

Pembangunan Tanaman Jagung Bijian

Projek tanaman jagung bijian dirancang untuk dibangunkan bagi mencapai objektif mengurangkan kebergantungan bekalan import jagung bijian daripada luar Negara. Di bawah Jabatan Pertanian Negeri Terengganu, projek ini mula dilaksanakan pada tahun 2015 dengan Ujian Adaptasi Varieti (Varietal Adaptation Trial) kerjasama dengan Syarikat Green World Genetics (GWG) Sdn. Bhd. yang merupakan syarikat peneraju dalam industri pengeluaran biji benih. Percubaan dilakukan di Pusat Pertanian Padang Ipoh melibatkan lima (5) varieti hibrid keluaran Syarikat GWG Sdn. Bhd. di atas tanah mineral. Seterusnya percubaan di buat di Kompleks Pertanian Ajil bagi tanah mineral dan juga di TKPM Rhu Tapai bagi tanah bris.

Projek Perintis Penanaman Jagung Bijian Kampung Dadong merupakan percubaan pertama di Malaysia untuk menilai kebolehlaksanaan penanaman jagung bijian di kawasan tanah sawah. Projek ini merupakan inisiatif dari Jabatan Pertanian Malaysia selaras dengan hasrat YB Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, YB Dato’ Sri Ahmad Shabery bin Cheek untuk mengurangkan kebergantungan kepada import makanan ternakan dan juga menjadikan tanaman jagung bijian sebagai second crop selepas tanaman padi. Walaupun Tahap Sara Diri Malaysia (SSL) daging ayam adalah 100% tetapi kita mengimport 100% makanan untuk ternakan terutama jagung bijian dengan nilai RM 3.1 billion setahun atau 4 juta tan/setahun. YB Menteri melihat jagung bijian berpotensi untuk dijadikan tanaman giliran kepada tanaman padi untuk meningkatkan kadar guna tanah dan sekaligus menambah pendapatan petani.

Jabatan Pertanian Negeri Terengganu (JPNT) mendapat sokongan dari Kerajaan Negeri Terengganu untuk melihat potensi tanaman jagung bijian untuk dikembangkan di negeri ini. Terengganu mempunyai banyak tanah yang tidak diusahakan iaitu 9,114.62 hektar tanah terbiar dan 2,776 hektar kawasan penanaman padi sekali setahun. Oleh yang demikian JPNT cuba mencari tanaman alternatif yang mudah diuruskan, mempunyai pasaran yang besar dan memberikan pulangan yang menguntungkan kepada penduduk.

Jagung bijian adalah salah satu tanaman berpotensi untuk dikembangkan kerana pengurusan yang mudah dan tempoh penanaman singkat iaitu 110 hari. Jagung bijian termasuk dalam Program EPP2 Perancangan Kerajaan Negeri Terengganu. JPNT telah mula mengorak langkah bermula Tahun 2015 lagi.

Selaras dengan perancangan pembangunan penanaman jagung bijian, pihak jabatan telah telah merangka beberapa pelan tindakan. Pelan tindakan ini melibatkan penanaman, pemprosesan dan pemasaran. Jabatan Pertanian Negeri Terengganu telah menaiktaraf loji pemprosesan benih padi Ajil sebagai loji pemprosesan padi dan jagung bijirin. Beberapa lokasi telah dikenalpasti bagi melaksanakan penanaman pada tahun 2017 melibatkan keluasan seluas 292 ha dan anggaran hasil yang dijangka diperolehi adalah sebanyak 2,044 mt dengan tahap hasil 7 mt/ha. Impak dari projek ini dijangka akan membuka peluang pekerjaan kepada masyarakat setempat, meningkatkan pendapatan petani dan seterusnya dapat meningkatkan produktiviti dan hasil pertanian.  

Read 1807 times Last modified on Ahad, 12 November 2017 03:35

Statistik Pelawat

Hari Ini : 77

Jumlah Pelawat : 163532

Tarikh Akhir Kemaskini : 19 February 2018.

Hubungi Kami

  ppnt22 (@) terengganu.gov.my
  09 - 6222444
  09 - 6235177
  Tingkat 5, Wisma Negeri, 20632 Kuala Terengganu, Terengganu.

Lokasi Kami

t shirt printing machine Flatbed Printer UV Flatbed Printer t shirt printer Eco Solvent Printer