Khamis Ramadan 9 1439 | Khamis 24 Mei 2018

Malay Chinese (Traditional) English

Pembangunan Industri Madu

Teras utama perkhidmatan pengembangan Jabatan Pertanian adalah memberikan khidmat nasihat berkaitan sektor pertanian negara. Justeru itu, Jabatan Pertanian melalui strategi National Blue Ocean Strategy (NBOS) bersama Kerajaan Negeri Terengganu dan agensi / jabatan berkaitan telah bersepakat membangunkan industri madu di Negeri Terengganu.

Bertemakan “Madu ole-ole Terengganu“, pelbagai kaedah telah diusahakan bagi mencapai hasrat dan matlamat tersebut. Jabatan Pertanian memfokuskan pengeluaran dari 3 sumber madu iaitu Madu Lebah liar, Madu Lebah Ternak dan Madu Kelulut.

Kepelbagaian flora di Terengganu yang kaya dengan sumber makanan dan habitat semula jadi lebah telah menjadi faktor utama kepada pembangunan industri madu. Di antara sumber kepelbagaian flora di Terengganu adalah :

1. Hutan Simpan Negeri Terengganu berkeluasan 317,000ha

2. Hutan Simpan Acasia berkeluasan 3,200 hektar di Merchang, Marang

3. Hutan gelam di Setiu Wetland.

Usahasama secara NBOS dengan Jabatan Perhutanan Negeri membolehkan Jabatan Pertanian mengenalpasti dan menggunakan kemudahan kawasan hutan simpan semulajadi khususnya hutan Acacia mangium, untuk menempatkan koloni lebah sebagai Hub Pengeluar Madu Negara, melalui Projek Usahawan Lebah yang diselia oleh Jabatan Pertanian.

Pemasaran madu juga telah ditetapkan supaya mempunyai satu standard yang seragam supaya menjadi identiti negeri. Oleh itu, Koperasi Pemungut Madu Lebah Terengganu (KOPEMAT) yang berada di bawah naungan Yayasan DiRaja Sultan Mizan (YDSM) telah dilantik meneraju pemasaran madu ke seluruh Malaysia. KOPEMAT bertanggungjawab mengumpul, memproses dan mengedar produk madu keluaran pengusaha madu di Negeri Terengganu.

Read 629 times Last modified on Ahad, 12 November 2017 03:26

Statistik Pelawat

Hari Ini : 30

Jumlah Pelawat : 166717

Tarikh Akhir Kemaskini : 24 May 2018.

Hubungi Kami

  ppnt22 (@) terengganu.gov.my
  09 - 6222444
  09 - 6235177
  Tingkat 5, Wisma Negeri, 20632 Kuala Terengganu, Terengganu.

Lokasi Kami