Sabtu Rabiul Akhir 7 1442 | Sabtu 24 Oktober 2020

 ffffff

FB 3 TWEET  1 UTube  1 NEWS  2
Malay Chinese (Traditional) English

Pusat Repositori Kelulut Indo-Malaya

Pusat Repositori Kelulut Indo-Malaya ini merupakan yang pertama di Malaysia. Ia terletak di Taman Pertanian Negeri, Sekayu, Daerah Hulu Terengganu. Kepelbagaian biodiversity yang terdapat di Taman Pertanian Negeri telah menjadikan ia lokasi yang strategik bagi penubuhan Pusat Repositori Kelulut, kerana kaya dengan sumber nektar, pollen dan resin yang diperlukan sebagai asas makanan utama oleh kelulut. 

Penubuhan Pusat Repositori Kelulut Indo-Malaya Sekayu telah bermula padatahun 2015. Pusat repositori ini diwujudkan atas beberapa tujuan sebagaimana berikut :

  • Untuk menyimpan pelbagai spesies kelulut yang terdapat dirantau ini sebagai khazanah dan warisan negara supaya tidak pupus,
  • Sebagai tempat rujukan dan pembelajaran,
  • Sebagai salah satu lokasi destinasi pelancongan negeri,
  • Sumber kajian penyelidik tempatan dan luar negara mengenai kelulut.

repositori

Hasil semakan rekod penyelidikan dari universiti tempatan, terdapat 12 genus dan 33 spesis kelulut di seluruh Malaysia dan kepulauan Borneo. Dari jumlah itu, sebanyak 7 genus dan 24 spesis kelulut telah berjaya dikumpul dan diternak di Pusat Repositori ini. Sehingga kini, Pusat Repositori ini merupakan pusat pengumpulan kelulut yang terbanyak di dalam negara Malaysia.

          Pusat Repositori Kelulut Indo-Malaya Sekayu merupakan perintis utama kepada taman pengumpulan spesis-spesis utama kelulut di negara ini. Ia bakal menjadi pusat rujukan yang menyimpan pelbagai koleksi spesis kelulut sebagai khazanah warisan negara pada suatu masa kelak.  

Read 1366 times Last modified on Khamis, 30 November 2017 04:00
No images found.

Statistik Pelawat

Hari Ini : 57

Jumlah Pelawat : 236486

Tarikh Akhir Kemaskini : 24 October 2020.

Hubungi Kami

  Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
  09 - 6222 444
  09 - 6235 177
  Tingkat 5, Wisma Negeri, 20632 Kuala Terengganu, Terengganu.

Lokasi Kami