Khamis Zulhijjah 20 1440 | Khamis 22 Ogos 2019

 ffffff

FB 3 TWEET  1 UTube  1 NEWS  2
Malay Chinese (Traditional) English
Khamis, 09 Mei 2019 04:17

Mantapkan Integriti, Pimpinan Berwibawa

KHAMIS 09 Mei 2019, Kuala Terengganu Kewibawaan seorang pegawai bukan sekadar dinilai dari aspek kepimpinan semata – mata bahkan sikap,keperibadian dan rohani seorang pemimpin juga menjadikan ciri kepimpinan lebih mantap dan teguh.

Integriti penjawat awam pula merujuk kepada apabila seseorang menjawat apa-apa sahaja jawatan yang diamanahkan dalam perkhid­matan kerajaan, penjawat awam terbabit perlu bertindak secara ju­jur dan amanah mengikut bidang kuasa dan tugasnya, telus, tiada konflik peribadi, berwibawa, akauntabiliti serta patuh kepada segala peraturan dan undang-­undang yang ditetapkan.

Manakala, integriti secara umumnya adalah kualiti unggul yang wujud secara keseluruhan dan padu pada individu dan sesebuah organisasi. Isu integriti berkait rapat de­ngan isu etika dan nilai-nilai murni dalam diri seseorang dan sesebuah organisasi.

Justeru itu, Jabatan Pertanian telah mengambil inisiatif bagi memperkukuhkan integriti setiap pegawai tertinggi jabatan serta kakitangannya. Sehubungan dengan itu, sambutan Hari Integriti telah diadakan dengan penglibatan pihak SPRM Terengganu. Pengarah SPRM Negeri Terengganu, KPKPj Mohd Zaki bin Hassan, telah hadir bagi menyampaikan ceramah bertajuk Mantapkan Integriti, Jauhi Rasuah.

Majlis ini turut menyaksikan seramai 200 orang pegawai dan kakitangan Jabatan Pertanian Negeri Terengganu telah melafazkan Ikrar Bebas Rasuah (IBR) yang diketuai oleh Encik Zulkepli Amin Bin Mat Jusoh, Timbalan Pengarah Pertanian.

Pada majlis ini juga, telah berlansung acara penyampaian Pelan Integriti Organisasi (PIO) Jabatan Pertanian kepada Pegawai – Pegawai Pertanian Daerah. Mengiringi upacara penyerahan PIO tersebut adalah Duta Integriti Jabatan yang telah dilantik oleh Ketua Pengarah Pertanian, Puan Jariyah Binti Abd Rahim.

 

9.5.2019 pic1 

Read 21 times Last modified on Ahad, 14 Julai 2019 04:26

Statistik Pelawat

Hari Ini : 29

Jumlah Pelawat : 184642

Tarikh Akhir Kemaskini : 22 August 2019.

Hubungi Kami

  Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
  09 - 6222 444
  09 - 6235 177
  Tingkat 5, Wisma Negeri, 20632 Kuala Terengganu, Terengganu.

Lokasi Kami