Khamis Zulhijjah 20 1440 | Khamis 22 Ogos 2019

 ffffff

FB 3 TWEET  1 UTube  1 NEWS  2
Malay Chinese (Traditional) English
Selasa, 16 April 2019 03:46

Lebih Mesra Pelanggan, Anda Kami Utamakan

SELASA 16 April 2019, Hulu Terengganu Sentiasa meletakkan pengusaha dan penggiat sektor pertanian dan Industri Asas Tani (IAT) sebagai keutamaan, ia menjadi objektif kepada penganjuran Hari Bertemu Pelanggan Jabatan Pertanian. Pada kali ini, Pejabat Pertanian Daerah Hulu Terengganu telah menganjurkan sambutan Hari Bertemu Pelanggan dan Hari Ladang peringkat daerah secara kolabrasi dengan agensi dan jabatan di bawah Kementerian Pertanian Dan Industri Asas Tani (MOA).

Program telah disempurnakan dnegan jayanya oleh Yang Berhormat Dr. Haji Mamad Bin Puteh, ADUN Kuala Berang merangkap Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur Kemudahan Awam, Utiliti dan Teknologi Hijau Negeri Terengganu. Turut berkesempatan hadir di program berkenaan adalah Puan Hamidah Binti Abdul Hamid, Ketua Bahagian Perancangan & Penilaian mewakili Pengarah Pertanian Negeri Terengganu.

Program tersebut turut dimeriahkan lagi dengan sesi jualan produk IAT yang diusahakan oleh para usahawan dari pelbagai agensi di bawah MOA dan pameran bermaklumat dari agensi dan jabatan di bawah MOA.

YB ADUN juga diberi kesempatan untuk meninjau sekitar ruang pameran agensi dan jualan usahawan. Beliau juga berkesempatan melihat teknologi penanaman sawi menggunakan Nutrient Film Technique (NFT). Beliau cukup tertarik dengan teknologi NFT yang disifatkan lebih sofistikated dan sesuai bagi individu yang mempunyai kekangan tanah untuk penanaman di sekitar rumah.

 

16.4.2019 pic1

16.4.2019 pic2

16.4.2019 pic3

16.4.2019 pic4

Read 26 times Last modified on Ahad, 14 Julai 2019 03:53

Statistik Pelawat

Hari Ini : 28

Jumlah Pelawat : 184641

Tarikh Akhir Kemaskini : 22 August 2019.

Hubungi Kami

  Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
  09 - 6222 444
  09 - 6235 177
  Tingkat 5, Wisma Negeri, 20632 Kuala Terengganu, Terengganu.

Lokasi Kami