Khamis Zulhijjah 20 1440 | Khamis 22 Ogos 2019

 ffffff

FB 3 TWEET  1 UTube  1 NEWS  2
Malay Chinese (Traditional) English
Rabu, 27 Februari 2019 04:40

Anyaman rumput Kercut aset kraf negeri.

27 Februari 2019, Setiu Seni anyaman sememangnya sudah tidak asing lagi di hati masyarakat Negeri Terengganu. Kecekapan tangan diadun dengan ketekunan dan kemahiran yang tinggi boleh menghasilkan sesuatu seni kreatif yang sangat menarik.

Berbekalkan prinsip inilah, Ketua Kumpulan Pengembangan Wanita (KPW) bersama warga desa kampung Beris Tok Ku mula menggiatkan aktiviti anyaman berasaskan rumput kercut pada tahun 2012 dengan bimbingan Jabatan Pertanian.

Kercut atau nama saintifiknya Lepironia articulate adalah sejenis rumput cyperaceace yang sering di manfaatkan sebagai bahan anyaman, tumbuhan ini mudah ditemui di sekitar kawasan paya yang hanya terdapat di beberapa kawasan pantai di sekitar Malaysia. Produk - produk hasilan kercut telah dipelbagaikan dengan penghasilan barangaan lain seperti tas tangan, dompet, sarung botol, alas pinggan mangkuk, cenderahati dan perhiasan rumah.

Justeru itu, sebagai galakan kepada ahli KPW Kampung Beris Tok Ku dalam usaha memartabatkan seni kraf kercut ini, agensi WWF dan Jabatan Pertanian telah mengadakan satu majlis bagi menyampaikan dana tersebut.

Majlis Perasmian Projek Kraf Kercut (PKK) dan penyampaian geran dana tersebut telah disampaikan oleh wakil Yang Berhormat Exco Pertanian Negeri iaitu Yang Berhormat Tuan Haji Hilmi Bin Harun, Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Pembangunan Desa kepada ahli KPW Kampung Beris Tok Ku. Dalam ucapannya, beliau amat berharap kesinambungan seni kraf kercut ini dapat diteruskan oleh generasi muda supaya kesenian kraftangan ini tidak akan lupus begitu sahaja. Majlis turut disaksikan oleh Tuan Haji Mohd Sophian Bin Abu Bakar, Pegawai Daerah Setiu dan Encik Zulkepli Amin Bin Mat Jusoh, Timbalan Pengarah Pertanian Negeri Terengganu.

 27.2.2019 pic1

27.2.2019 pic3

27.2.2019 pic2 

27.2.2019 pic4

Read 187 times Last modified on Ahad, 14 Julai 2019 03:46

Statistik Pelawat

Hari Ini : 28

Jumlah Pelawat : 184641

Tarikh Akhir Kemaskini : 22 August 2019.

Hubungi Kami

  Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
  09 - 6222 444
  09 - 6235 177
  Tingkat 5, Wisma Negeri, 20632 Kuala Terengganu, Terengganu.

Lokasi Kami