Khamis Zulhijjah 20 1440 | Khamis 22 Ogos 2019

 ffffff

FB 3 TWEET  1 UTube  1 NEWS  2
Malay Chinese (Traditional) English
Isnin, 13 Ogos 2018 04:23

Lawatan Kerja Exco Pertanian ke TKPM Peradong

ISNIN 13 Ogos 2018, Kuala Terengganu Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Pembangunan Desa Negeri Terengganu, Yang Berhormat Dr. Azman Bin Ibrahim meluangkan masa di Taman Kekal Pengeluaran Makananan (TKPM) Peradong, Manir sempena lawatan kerja beliau setelah dilantik memegang portfolio berkenaan.

Lawatan kerja tersebut turut dihadiri Ketua Penolong Setiausaha Kerajaan (Pembangunan), Haji Wan Kholed Bin Wan Jusoh bersama jemputan seramai hampir 300 orang yang terdiri daripada wakil – wakil agensi / jabatan, pengusaha projek pertanian serta penduduk setempat.

Cadangan pembangunan Projek TKPM Peradong ini bermula pada tahun 2014 dan telah siap sepenuhnya pada penghujung tahun 2016. Keluasan fizikal TKPM Peradong ini adalah 4.019 ha manakala keluasan pembangunan infrastruktur adalah 3.2 ha yang dibangunkan dengan Struktur Pelindung Hujan (SPH), rumah nutrient, stor baja, rumah semaian dan pondok pengawal. Kos pembangunan infrastruktur adalah sebanyak RM3,351,341.88 dari sumber Kerajaan Persekutuan.

Yang Berhormat Exco meletakkan harapan yang tinggi supaya pembangunan projek TKPM Peradong ini mampu mengukuhkan lagi pengeluaran Melon Manis Terengganu (MMT) yang kian dikenali dan digemari oleh rakyat luar Negeri Terengganu. Tambahan pula, Kuala Terengganu merupakan ibu negeri dan menjadi pusat kunjungan utama pelancong yang datang bercuti di Terengganu.

  

13-8-2018pic5

13-8-2018pic3

 

 

 

 

Read 151 times Last modified on Ahad, 14 Julai 2019 01:46

Statistik Pelawat

Hari Ini : 30

Jumlah Pelawat : 184643

Tarikh Akhir Kemaskini : 22 August 2019.

Hubungi Kami

  Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
  09 - 6222 444
  09 - 6235 177
  Tingkat 5, Wisma Negeri, 20632 Kuala Terengganu, Terengganu.

Lokasi Kami