Khamis Zulhijjah 20 1440 | Khamis 22 Ogos 2019

 ffffff

FB 3 TWEET  1 UTube  1 NEWS  2
Malay Chinese (Traditional) English
Khamis, 28 Jun 2018 03:56

Hari Inovasi Jabatan Pertanian Negeri Terengganu Tahun 2018

KHAMIS 28 Jun 2018, Hulu Terengganu Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Pembangunan Desa Negeri Terengganu, Yang Berhormat Dr. Azman Bin Ibrahim meluangkan masa menyempurnakan masjlis sambutan Hari Inovasi Jabatan Pertanian Negeri Terengganu Tahun 2018 bertempat di Kompleks Pertanian Negeri Ajil.

Majlis ini turut meraikan seramai 24 orang penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang dan 35 orang pesara yang telah meninggalkan perkhidmatan di Jabatan Pertanian Negeri Terengganu. Majlis ini turut disempurnakan lagi dengan kehadiran Pengarah Pertanian Negeri dan Ketua Penolong Setiausaha Kerajaan yang mewakili Pengarah UPEN Terengganu, Tuan Haji Wan Kholed Bin Wan Jusoh. Salah seorang pesara yg turut diraikan di majlis ini adalah Tuan Haji Abd Rashid Bin Abd Ghani, mantan Timbalan Pengarah Pertanian Negeri.

Di dalam ucapan penyempurnaan oleh YB. Dr. Azman Bin Ibrahim, beliau menzahirkan rasa bangga dengan perkembangan sektor pertanian masa kini dan merasakan satu tanggungjawab besar yang perlu digalas beliau tatkala pertama kali dilantik memegang portfolio pertanian. Beliau turut berkongsikan kisah kehidupan beliau sejak dari kecil yang telah dibesarkan hasil peluh keringat bapanya yang bekerja mengambil upah menoreh pokok getah. Keberkatan rezeki dari hasil pendapatan dalam bidang pertanian cukup untuk menampung kos pembelajaran beliau di Negara Iraq dalam jurusan pergigian biarpun ia tidaklah semewah pekerjaan lain pada masa itu.

Pertemuan di majlis itu juga merupakan pertemuan pertama beliau dengan warga Jabatan Pertanian Negeri Terengganu. Beliau turut berpesan agar Pegawai dan kakitangan teknikal Jabatan Pertanian sentiasa turun ke lapangan bagi mendengar keluh kesah petani. Beliau sendiri menyatakan kesediaan jika diberikan kelapangan untuk hadir sama di dalam mesyuarat di peringkat Pejabat Pertanian Daerah bagi membincang dan menyelesaikan bersama masalah dan isu berkaitan sektor pertanian bagi membangunkan ekonomi negara khususnya ekonomi rakyat Terengganu.

 

Read 186 times Last modified on Isnin, 08 April 2019 06:18

Statistik Pelawat

Hari Ini : 30

Jumlah Pelawat : 184643

Tarikh Akhir Kemaskini : 22 August 2019.

Hubungi Kami

  Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
  09 - 6222 444
  09 - 6235 177
  Tingkat 5, Wisma Negeri, 20632 Kuala Terengganu, Terengganu.

Lokasi Kami