Khamis Zulhijjah 20 1440 | Khamis 22 Ogos 2019

 ffffff

FB 3 TWEET  1 UTube  1 NEWS  2
Malay Chinese (Traditional) English
Khamis, 26 April 2018 07:26

Sentuhan Kasih Warga Tani Besut

KHAMIS 26 April 2018, Besut Seramai lebih 3,000 rakyat Besut telah membanjiri perkarangan Dewan Terbuka Dato’ Sri Idris Jusoh bagi memeriahkan program Sentuhan Kasih Warga Besut yang julung kali diadakan ini. Program ini telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Dato’ Sri Idris Bin Jusoh, Ahli Parlimen Besut merangkap Menteri Pendidikan.

Pada program ini, seramai 2,679 orang yang terdiri daripada pesawah dan nelayan dari Daerah Besut telah menerima manfaat dari pihak kerajaan dengan jumlah bantuan keseluruhan sebanyak RM1,469,400.

Dari jumlah tersebut, seramai 460 orang nelayan Daerah Besut telah menerima Bantuan Elaun Sara Hidup Nelayan bernilai RM300 setiap seorang dengan nilai bantuan berjumlah RM138,000. Manakala seramai 2,219 orang pesawah di Daerah Besut pula telah beroleh manfaat dari pihak kerajaan melalui Bantuan Khas Pesawah Sementara Menunggu Tuaian Hasil Padi iaitu RM600 seorang dengan nilai bantuan keseluruhan RM1,331,400.

Program sebegini merupakan inisiatif “Feel Good Factor” pihak kerajaan yang memfokuskan usahasama yang baik antara pihak kerajaan dan golongan sasar iaitu petani, penternak dan nelayan.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Read 167 times Last modified on Isnin, 08 April 2019 06:19

Statistik Pelawat

Hari Ini : 28

Jumlah Pelawat : 184641

Tarikh Akhir Kemaskini : 22 August 2019.

Hubungi Kami

  Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
  09 - 6222 444
  09 - 6235 177
  Tingkat 5, Wisma Negeri, 20632 Kuala Terengganu, Terengganu.

Lokasi Kami