Khamis Zulhijjah 20 1440 | Khamis 22 Ogos 2019

 ffffff

FB 3 TWEET  1 UTube  1 NEWS  2
Malay Chinese (Traditional) English
Isnin, 07 Mei 2018 01:05

“Tanaman Durian”, Sumber Kekayaan Baru Pekebun

ISNIN 07 Mei 2018, Besut Pejabat Pertanian Daerah Besut di bawah seliaan Puan Nor Hazlini Binti Abd. Manan dengan kerjasama FAMA Daerah Besut telah menganjurkan program Bicara Jutawan Tani Tanaman Durian yang melibatkan peserta projek perintis tanaman durian di daerah Besut. Ia merupakan satu langkah awal jabatan dalam memperkasakan program Sumber Kekayaan Baru Negara terutamanya industri tanaman durian.

Program Bicara Jutawan Tani tersebut telah disempurnakan oleh YB. Exco Pertanian Negeri di hadapan seramai lebih 300 peserta projek perintis tanaman durian. Di samping program bual bicara bersama usahawan durian yang berjaya, pihak Bahagian Hortikultur turut mengambil kesempatan mengadakan demonstrasi kaeadah cantuman tut tanaman durian kepada para peserta. Kaedah ini telah dikenalpasti berupaya memendekkan jangka masa berbuah tanaman durian. Hadir sama di program tersebut adalah Pengarah Pertanian Negeri, Encik Zukefly Bin Harun dengan diiringi barisan pegawai – pegawai teknikal Jabatan Pertanian Negeri.

7.5.18 pic1

7.5.18 pic27.5.18 pic3

 

 

Read 241 times Last modified on Rabu, 10 Julai 2019 08:48

Statistik Pelawat

Hari Ini : 30

Jumlah Pelawat : 184643

Tarikh Akhir Kemaskini : 22 August 2019.

Hubungi Kami

  Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
  09 - 6222 444
  09 - 6235 177
  Tingkat 5, Wisma Negeri, 20632 Kuala Terengganu, Terengganu.

Lokasi Kami