Khamis Zulhijjah 20 1440 | Khamis 22 Ogos 2019

 ffffff

FB 3 TWEET  1 UTube  1 NEWS  2
Malay Chinese (Traditional) English
Khamis, 05 April 2018 04:47

Road To MAHA : Bertemakan Segalanya Wanita

KHAMIS 05 April 2018, Kemaman - Selepas mendapat sambutan hebat di dua jelajah edisi Road To MAHA Lundu, Sarawak dan Teluk Intan, Perak jelajah berkenaan kemudianya diteruskan lagi di Zon Timur bertempat di persisiran Pantai Kuala Kerteh, Kemaman Terengganu. Konsep jelajah Road To MAHA pada kali ini adalah berbeza dari sebelumnya iaitu, berkonsepkan “Segalanya Wanita”.

Bermula 5 – 7 April, jelajah yang berlangsung serentak dengan Karnival UsahaWanita 2018 ini menghimpunkan lebih 500 usahawanita dan dimeriahkan lagi dengan lebih 100 aktiviti dan program selingan dengan kehadiran artis tanah air dan tempatan. Lebih 500 gerai jualan dalam lapan kluster utama pameran telah ditempatkan berkonsepkan tema masing – masing iaitu kluster florikultur, segar, kulinari, kraf, produk asas tani dan kesihatan.

Program jelajah Road To MAHA ini telah menarik kehadiran lebih 10,000 pengunjung seawal hari pertama ia berlansung. Sambutan awal ini menjadi refleksi ke arah program MAHA yang akan berlansung pada 22 November hingga 2 Disember 2018 di MAEPS, Serdang.

RTM-1

RTM-2

Read 183 times Last modified on Rabu, 04 Julai 2018 01:09

Statistik Pelawat

Hari Ini : 28

Jumlah Pelawat : 184641

Tarikh Akhir Kemaskini : 22 August 2019.

Hubungi Kami

  Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
  09 - 6222 444
  09 - 6235 177
  Tingkat 5, Wisma Negeri, 20632 Kuala Terengganu, Terengganu.

Lokasi Kami