Selasa Jamadil Akhir 4 1439 | Isnin 19 Februari 2018

Malay Chinese (Traditional) English
Rabu, 15 November 2017 03:14

Terapkan disiplin Amalan Pertanian Baik (APB)

RABU 15 November 2017, Kuala Terengganu - Universiti Malaysia Terengganu (UMT) dengan kerjasama Pejabat Pertanian Daerah Kuala Terengganu telah menganjurkan seminar Amalan Pertanian Baik dan Pengendalian Efektif Hasil Tuaian Tanaman kepada seramai hampir 100 orang mahasiswa Pusat Pengajian Sains Dan Teknologi Makanan. Turut hadir adalah usahawan tani di daerah Kuala Terengganu.

Sebanyak 4 tajuk dipilih sebagai pengisian slot seminar tersebut dan salah satu daripadanya adalah Amalan Pertanian Baik (APB) yang disampaikan sendiri oleh Pegawai Pertanian Daerah Kuala Terengganu, Encik Mohd Muazzam Bin Abdullah. Tajuk-tajuk lain seperti Kenali Serangga Perosak Tanaman, Kenali Rumpai dan Cara Atasinya serta Kenali Penyakit Tanaman dan Cara Atasinya telah disampaikan oleh pensyarah Pusat Pengajian Sains Dan Teknologi Makanan, UMT.

Di akhir seminar, para peserta telah dibawa melawat ke projek tanaman sayuran Kampung Bangol Tokku, Kuala Terengganu. Projek tersebut merupakan projek yang telah berjaya memperoleh pensijilan myGAP iaitu satu kaedah penilaian APB melalui beberapa aspek penilaian. Pensijilan myGAP ini menjadi indikator kepada kejayaan pengurusan projek dengan perancangan yang lebih bersistem di samping kejayaan perlaksanaan APB.

 umt

Read 78 times Last modified on Rabu, 13 Disember 2017 07:10

Statistik Pelawat

Hari Ini : 77

Jumlah Pelawat : 163532

Tarikh Akhir Kemaskini : 19 February 2018.

Hubungi Kami

  ppnt22 (@) terengganu.gov.my
  09 - 6222444
  09 - 6235177
  Tingkat 5, Wisma Negeri, 20632 Kuala Terengganu, Terengganu.

Lokasi Kami

t shirt printing machine Flatbed Printer UV Flatbed Printer t shirt printer Eco Solvent Printer