Khamis Ramadan 9 1439 | Khamis 24 Mei 2018

Malay Chinese (Traditional) English
Ahad, 15 Oktober 2017 04:43

Pertemuan Singkat Yang Menitipkan Amanat

AHAD 15 Oktober 2017, Kuala Terengganu - Kunjungan Dato’ Ahmad Zakaria Bin Sidek ke Jabatan Pertanian Negeri Terengganu pada kali ini adalah berbeza berbanding sebelum ini kerana ia merupakan persinggahan terakhir beliau ke Terengganu sebagai seorang Ketua Pengarah. Beliau akan mula menamatkan perkhidmatan di akhir tahun ini setelah berkhidmat selama 36 tahun dalam Jabatan Pertanian dan dalam tempoh itu, selama 3 tahun memimpin Jabatan Pertanian Malaysia.

Walaupun ia hanyalah pertemuan singkat dengan kakitangan Jabatan Pertanian Negeri Terengganu, beliau sempat menitipkan amanat kepada warga kerja jabatan. Harapan beliau sangat tinggi untuk melihat Jabatan Pertanian menjadi peneraju inovasi teknologi dalam sektor pertanian serta memelihara jaminan keselamatan makanan negara di masa akan datang.  

Pihak Jabatan Pertanian Negeri serta Pejabat Pertanian Daerah mengambil peluang menyampaikan tanda kenangan di atas khidmat bakti beliau sepanjang memegang tampok pimpinan tertinggi Jabatan. Syabas dan terima kasih diucapkan kepada Yang Berbahagia Dato’ atas segala sumbangan beliau selama ini.

 

perjumpaan KPP

perjumpaan KPP2

Read 220 times Last modified on Rabu, 13 Disember 2017 04:06

Statistik Pelawat

Hari Ini : 30

Jumlah Pelawat : 166717

Tarikh Akhir Kemaskini : 24 May 2018.

Hubungi Kami

  ppnt22 (@) terengganu.gov.my
  09 - 6222444
  09 - 6235177
  Tingkat 5, Wisma Negeri, 20632 Kuala Terengganu, Terengganu.

Lokasi Kami