Khamis Ramadan 9 1439 | Khamis 24 Mei 2018

Malay Chinese (Traditional) English
Jumaat, 15 September 2017 02:02

Perarakan Kereta Berhias Meriahkan Sambutan Hari Malaysia

JUMAAT 15 September 2017, Dungun - Pejabat Daerah Dungun telah menganjurkan Perarakan kereta berhias sempena sambutan Hari Malaysia dengan bertemakan Sehati Sejiwa. Perarakan telah dilancarkan oleh Yang Berbahagia Dato’ Haji Din Bin Adam, Pegawai Pembangunan Dungun pada jam 9 malam bermula dari hadapan Hospital Dungun dan berakhir di Pasar Awam Dungun.

Pejabat Pertanian Daerah Dungun di bawah seliaan pegawainya, Puan Nurshazwani turut menyertai perarakan tersebut dengan berkonsepkan “Our Food, Our Future “ di samping mempromosi Kempen Pertanian Bandar. Turut menyerikan perarakan kenderaan berhias Pejabat Pertanian adalah kehadiran maskot Lebah yang menjadi tarikan utama kepada penonton pada malam tersebut.

Gema laungan 1 Malaysia dan Merdeka diiringi bersama persembahan bunga api memeriahkan suasana sambutan pada malan itu. Acara ini dilihat dapat memupuk semangat sehati sejiwa di kalangan kakitangan agensi dan di antara agensi-agensi di sekitar daerah Dungun.

                            keretaBERHIAS

 

 

Read 151 times Last modified on Rabu, 29 November 2017 04:41

Statistik Pelawat

Hari Ini : 30

Jumlah Pelawat : 166717

Tarikh Akhir Kemaskini : 24 May 2018.

Hubungi Kami

  ppnt22 (@) terengganu.gov.my
  09 - 6222444
  09 - 6235177
  Tingkat 5, Wisma Negeri, 20632 Kuala Terengganu, Terengganu.

Lokasi Kami