Selasa Jamadil Akhir 4 1439 | Isnin 19 Februari 2018

Malay Chinese (Traditional) English
Sabtu, 14 Oktober 2017 06:34

Teknologi NFT galak minat belia ceburi pertanian

SABTU 14 Oktober 2017, Kemaman - Baru-baru ini, Dato’ Ahmad Zakaria Bin Sidek, Ketua Pengarah Pertanian telah meluangkan masa membuat lawatan kerja ke Jabatan Pertanian Negeri Terengganu. Kesempatan yang ada itu, dipenuhi dengan lawatan ke projek belia di Kuala Kerteh, Kemaman yang menjalankan penanaman salad menggunakan Nutrient Film Technique (NFT).

Muhammad Alif Haikal Bin Hussin, pengusaha salad NFT yang baru berusia 22 tahun cukup gembira tatkala menuai hasil salad buat pertama kali iaitu sebanyak 417.6 kilogram dengan nilaian RM4,176.00. Beliau berasa teruja apabila mengetahui teknologi yang mesra pengguna ini mampu memberi impak pendapatan yang memuaskan hati beliau.

Menurut Puan Nazirah Binti Abdul Rahman Pegawai Pertanian Daerah Kemaman, “ Pejabat Pertanian Daerah sentiasa menyokong dan menggalakkan penglibatan golongan belia dalam sektor pertanian. Penggunaan Teknologi NFT ini sudah pasti menjadi suatu daya tarikan ke arah pemodenan sektor pertanian di masa akan datang ”.

 NFTkerteh

           

  

                  

 

Read 205 times Last modified on Khamis, 30 November 2017 04:06

Statistik Pelawat

Hari Ini : 77

Jumlah Pelawat : 163532

Tarikh Akhir Kemaskini : 19 February 2018.

Hubungi Kami

  ppnt22 (@) terengganu.gov.my
  09 - 6222444
  09 - 6235177
  Tingkat 5, Wisma Negeri, 20632 Kuala Terengganu, Terengganu.

Lokasi Kami

t shirt printing machine Flatbed Printer UV Flatbed Printer t shirt printer Eco Solvent Printer