Khamis Ramadan 9 1439 | Khamis 24 Mei 2018

Malay Chinese (Traditional) English
Rabu, 14 Jun 2017 01:57

Jabatan Pertanian Mengorak Langkah Ke Arah TN50

RABU 14 Jun 2017, Kuala Terengganu - Selaras dengan saranan YAB Perdana Menteri untuk melancarkan TN50 sebagai inisiatif untuk membina masa depan negara sehingga tahun 2050, Jabatan Pertanian Negeri Terengganu telah menganjurkan Sesi Engagement (Sesi Dialog) TN50 bagi mendapatkan aspirasi belia dalam menentukan masa depan sektor tanaman negara khususnya Jabatan Pertanian.

Sesi dialog ini telah dikendalikan oleh Tuan Pengarah Pertanian Negeri, Tuan Haji Mohd Nasir Bin Warris bersama lebih 80 orang jemputan dari kalangan kakitangan dan usahawan tani di negeri Terengganu.

Di akhir sesi, pihak jabatan telah menerima 13 aspirasi belia terhadap sektor tanaman dan 8 aspirasi telah diperolehi untuk penambahbaikan Jabatan Pertanian menjelang 2050. Rata-rata belia mengharapkan teknologi pertanian akan lebih maju setanding negara maju lain serta pemantapan keselamatan dan kecukupan bekalan makanan di tahun 2050 selari dengan pertambahan populasi rakyat Malaysia yang mendadak. Sambutan baik dari golongan belia telah memberi suntikan pencetus kepada jabatan untuk mereplikasikan sesi ini melalui penglibatan golongan pelajar dan usahawan muda.

 tn50

Read 325 times Last modified on Rabu, 13 Disember 2017 04:38

Statistik Pelawat

Hari Ini : 30

Jumlah Pelawat : 166717

Tarikh Akhir Kemaskini : 24 May 2018.

Hubungi Kami

  ppnt22 (@) terengganu.gov.my
  09 - 6222444
  09 - 6235177
  Tingkat 5, Wisma Negeri, 20632 Kuala Terengganu, Terengganu.

Lokasi Kami