Selasa Jamadil Akhir 4 1439 | Isnin 19 Februari 2018

Malay Chinese (Traditional) English
Khamis, 15 Jun 2017 14:25

Ihya’ Ramadhan Warga PERPETA Negeri Terengganu

KHAMIS 15 Jun 2017, Besut – Baru-baru ini telah berlangsung Program Iftar dan Solat Sunat Terawih PERPETA Negeri Terengganu 1438h yang telah diadakan di Pusat Latihan Wilayah Timur (PLPPWT), Besut.

Program yang  julung-julung kali diadakan ini merupakan antara salah satu program yang terdapat dalam kalendar aktiviti PERPETA Negeri Terengganu 2017-2018 dalam usaha bagi mengeratkan hubungan silaturrahim diatara kalangan ahli PERPETA dan juga keluarga.

Program ini telah dihadiri seramai 18 orang Pegawai Pertanian bersama-sama ahli keluarga masing-masing dan mengikut pecahan kategori, seramai 29 dewasa dan 26 kanak-kanak terlibat dalam penganjuran ini.

Program yang telah disusun atur ini dimulakan dengan sesi daftar masuk ke tempat penginapan di PLPPWT pada jam 5.00 petang dan seterusnya berkumpul di dewan makan bagi sesi beramah mesra dan seterusnya majlis iftar (berbuka puasa). Selepas itu, peserta diberi masa untuk bersiap bagi program solat isyak, solat sunat terawih berjamaah di Surau PLPPWT dan berakhir dengan majlis moreh pada jam 10.15 mlm.

Program ini merupakan cetusan idea daripada Tuan A.Rahman bin Abu Bakar; Pegawai Pertanian K/U UPPST Terengganu dan mendapat sokongan penuh daripada Pengarah Pertanian Negeri Terengganu, iaitu Tuan Haji Mohd Nasir bin Warris yang mana kedua-duanya hadir sama dari awal sehingga ke akhir program. Selain itu, majlis ini juga diserikan lagi dengan kehadiran Tn Haji Mohd Amran bin Mohd Noor, iaitu mantan Pengarah PLPPWT yang mana turut mengimamkan solat Isyak berjamaah dan solat sunat terawikh di imamkan oleh En Edzuan Shah bin Dzaidi.

Disini, setiap peserta diberi kemudahan bilik penginapan dan para peserta boleh membuat pilihan samaada ingin bermalam (daftar keluar pada keesokkan harinya) atau terus pulang ke kediaman masing-masing selepas majlis berakhir.

Pihak Urusetia mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua ahli PERPETA yang memberikan sokongan kepada program ini. Selain itu, ucapan syabas dan tahniah kepada pihak penganjur yang telah bertungkus lumus dalam menjayakan program ini dan diharapkan program ini dapat dijadikan sebagai aktiviti tahunan bagi PERPETA Negeri Terengganu. – ditulis oleh Ketua SU Kehormat PERPETA 2017-2018

 

 

 

 

 

 

 

 

Read 254 times Last modified on Khamis, 14 Disember 2017 02:19

Statistik Pelawat

Hari Ini : 77

Jumlah Pelawat : 163532

Tarikh Akhir Kemaskini : 19 February 2018.

Hubungi Kami

  ppnt22 (@) terengganu.gov.my
  09 - 6222444
  09 - 6235177
  Tingkat 5, Wisma Negeri, 20632 Kuala Terengganu, Terengganu.

Lokasi Kami

t shirt printing machine Flatbed Printer UV Flatbed Printer t shirt printer Eco Solvent Printer