Selasa Jamadil Akhir 4 1439 | Isnin 19 Februari 2018

Malay Chinese (Traditional) English
Isnin, 02 Januari 2017 16:40

Kursus Keusahawanan Pemprosesan Makanan Pusat Bimbingan Usahawan Jabatan Pertanian

Written by 
Rate this item
(0 votes)
 
PENGENALAN
Kursus Keusahawanan  Pemprosesan Makanan telah dilaksanakan oleh Jabatan Pertanian bermula pada tahun 2002 untuk melahirkan usahawan muda yang menceburkan diri secara serius dalam perniagaan asas tani seperti makanan sejuk beku, bakeri, produk-produk berasaskan kelapa, poduk-produk berasaskan buah-buahan dan makanan ringan.
 
 
PELAKSANAAN
Kursus akan dijalankan secara hands-on untuk memastikan peserta benar-benar mahir dari segi teknikal pengeluaran produk yang bermutu, komersil dan menepati standard GMP (Amalan Pengilangan Yang Baik). Di samping itu, peserta akan didedahkan dengan kaedah menjalankan perniagaan yang profesional terutama dalam aspek keusahawanan, pengurusan kewangan, pengurusan pemasaran dan penyediaan Rancangan Perniagaan.
Peserta juga akan menjalani program dampingan di premis usahawan yang telah maju di bawah bimbingan Jabatan Pertanian.
 
 
PENGAMBILAN PESERTA
Pengambilan peserta dibuat setahun sekali.
 
 
TEMPOH KURSUS
Jangkamasa kursus ialah selama empat (4) bulan secara sepenuh masa.
 
 
KEMUDAHAN DISEDIAKAN
Makan minum dan tempat tinggal disediakan sepanjang tempoh kursus.
 
 
SYARAT-SYARAT PERMOHONAN
Warganegara Malaysia
Berumur antara 20-40 tahun pada 1 Januari 2017
Berkelulusan sekurang-kurangnya SPM/SPMV
Tinggal di asrama sepanjang tempoh kursus
Sihat tubuh badan dan tidak hamil
Berminat untuk meneruskan projek selepas tamat kursus
 
 
TEMPAT-TEMPAT LATIHAN
Kursus ini dijalankan di lima (5) buah Pusat Bimbingan Usahawan mengikut pengkhususan yang telah ditetapkan seperti berikut:
 

Pusat Bimbingan Usahawan

Pengkhususan

PBU Manong, Perak

Bakeri & Sejuk Beku (Asas Kelapa)

(Cth : Kerisek, santan, dodol, serikaya, biskut kelapa, pes rendang dan candy kelapa)

PBU Teluk Chengai, Kedah

Sejuk Beku

(Cth : Karipap, pizza, pai, roti canai, donut, kasturi dan roti boom)

PBU Ajil, Terengganu

Bakeri

(Cth : Pelbagai jenis roti, kek, pastri dan biskut)

PBU Pagoh, Johor

Bakeri & Sejuk Beku (Asas Buah)

(Cth : Jem buah-buahan, kordial, puree, ban, kek buah, buah bersalut dll)

Bakeri

(Cth : Pelbagai jenis roti, kek, pastri dan biskut)

PBU Melor, Kelantan

Snek dan Makanan Ringan

(Cth : Pelbagai kerepek dan kuih tradisional spt maruku, rempeyek, buah rotan, denderam dll)

 
CARA-CARA PERMOHONAN
Sila dapatkan borang permohonan melalui alamat di bawah:
Laman web Jabatan Pertanian :  www.doa.gov.my, atau
Jabatan Pertanian Negeri / Pejabat Pertanian Daerah yang berhampiran, atau
Bahagian Pengembangan Pertanian dan Industri Asas Tani
Jabatan Pertanian
Wisma Tani, Lot 4G2, Aras 8, No. 30, Persiaran Perdana
Presint 4
62624 Putrajaya.
Tel: 88703544 / 3539  
(Pn. Noraini Bt. Abdullah/ Pn. Norhafizatul Bt. Mohd Razali)
 
 
TARIKH TUTUP PERMOHONAN
Permohonan adalah dibuka mulai sekarang hingga tarikh tutup pada 31 Januari 2017
 
 
MAKLUMAN
Borang yang telah dilengkapkan hendaklah mendapatkan pengesahan dari Pejabat Pertanian yang berhampiran. Sila kemukakan borang yang telah lengkap diisi ke alamat seperti berikut :
Timbalan Pengarah (Industri Asas Tani)
Bahagian Pengembangan Pertanian dan Industri Asas Tani
Jabatan Pertanian
Wisma Tani, Lot 4G2, Aras 8, No. 30, Persiaran Perdana
Presint 4
62624 Putrajaya.
 
Hanya calon-calon yang memenuhi syarat sahaja akan dipanggil untuk temuduga. 
 
 
Read 880 times Last modified on Isnin, 05 Jun 2017 19:53

Statistik Pelawat

Hari Ini : 77

Jumlah Pelawat : 163532

Tarikh Akhir Kemaskini : 19 February 2018.

Hubungi Kami

  ppnt22 (@) terengganu.gov.my
  09 - 6222444
  09 - 6235177
  Tingkat 5, Wisma Negeri, 20632 Kuala Terengganu, Terengganu.

Lokasi Kami

t shirt printing machine Flatbed Printer UV Flatbed Printer t shirt printer Eco Solvent Printer