Penjenamaan Sweet Nira Terengganu

JUN 07, 2022. Batu Putih, MARANG

Majlis Pelancaran Minuman Isotonik Negeri Terengganu telah diadakan di Dataran Batu Putih dengan kehadiran lebih 200 orang pengusaha kelapa di daerah Marang dan penduduk setempat. Majlis berkenaan telah disempurnakan oleh YB. Dr Azman Bin Ibrahim dan turut hadir bersama adalah Pengarah Pertanian Negeri Terengganu, Encik Zulkepli Amin Bin Mat Jusoh. Pada majlis tersebut, minuman air isotonik Air Nira Kelapa juga telah dijenamakan semula dengan nama “Sweet Nira Terengganu” bagi tujuan perluasan pasaran. Pemilihan nama ini telah dilaksanakan melalui Pertandingan Rekaan Nama Air Nira Terengganu yang dianjurkan oleh Jabatan Pertanian Negeri Terengganu. Pihak urusetia pertandingan telah menerima banyak penyertaan sepanjang pertandingan ini berlansung. Walau bagaimanapun, Jawatankuasa panel teknikal telah bersepakat memilih Sweet Nira Terengganu sebagai nama yang terbaik. Tahniah diucapkan kepada pemenang yang bertuah, saudara Putera Daniel Solihin Bin Abdullah atas cetusan nama yang ideal ini.

Ubah Saiz Tulisan