Air Nira Kelapa

Saban tahun tatkala tiba bulan puasa, seringkali kita melihat air nira kelapa ini dijual di pinggir jalan atau di bazar Ramadhan. Minuman air nira kelapa ini sering dijadikan sebagai minuman wajib di bulan puasa, kerana ia mampu memberikan sumber tenaga tambahan tatkala seharian berpuasa makan dan minum. Pemprosesan air nira kelapa atau penyadapan adalah suatu proses mengumpul titisan air nira dari mayang kelapa matang. Proses penyadapan ini dilakukan dengan teknik tertentu bagi memastikan titisan air nira berupaya keluar menitis ke dalam botol yang ditadah di hujung mayang kelapa.

Ubah Saiz Tulisan