Mangga King Terengganu

APRIL 06, 2021 – Serating, MARANG. Jabatan Pertanian Negeri Terengganu sangat berbesar hati dan menyokong sepenuhnya hasrat pihak Penjara Marang dalam memajukan sektor pertanian melalui projek penanaman Mangga King di tanah terbiar di belakang penjara. Projek berkeluasan 12.5 hektar ini diharapkan dapat membekalkan ilmu kemahiran kepada penghuni penjara untuk kelansungan hidup apabila mereka bebas kelak. Hasrat murni pihak penjara ini juga telah mendapat sokongan penuh dari Yang Berhormat Exco Pertanian, Industri Asas Tani dan Pembangunan Desa Negeri, Dr Azman Bin Ibrahim yang telah berkesempatan merasmikan projek tersebut dengan simbolik penanaman Mangga King Terengganu di tapak projek Penjara Marang. Turut hadir bersama adalah Timbalan Pengarah Pertanian, Encik Zulkepli Amin dan turut serta adalah Pegawai Pertanian Daerah Marang, Encik Nik Haizul.

Sumber : Harian Metro 6 April 2021

Ubah Saiz Tulisan